Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum...

Selamat datang ke Blog Ana...
Semoga antum2 semua dapat menikmati blog ana ini...
Juga diharapkan kita semua dapat berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman yg kita ada agar dapat memberi input yg bermanfaat...
InsyaAllah...

Thursday 14 April 2011

Semua umat Islam adalah bersaudara...

Salam ukhwah...
Hari ini kita akan membincangkan satu topik yg amat menarik utk dikupas...
Seperti yg kita tahu, kita sebagai umat Islam adalah bersaudara...
Persaudaraan dapat dipupuk dgn pelbagai cara atau langkah...
Antaranya ialah tolong - menolong, berkasih - sayang dan bertoleransi...
Langkah2 tersebut adalah sangat relevan utk mnjadi sebab persaudaraan dapat dipupuk dlm kalangan diri kita...
Agama Islam sgt menitikberatkan persaudaraan sesama Muslim...
Cuba antum2 semua fikir dan renungkan, jika kita tidak bersatu padu antara sesama Muslim, maka perpecahan akan berlaku...
Hal ini amat membimbangkan dan boleh menyebabkan pelbagai perkara yg tidak diingini boleh berlaku...
Sebagai contoh, lihat sahaja dunia kita sekarang ini...
Telah berlaku pelbagai perpecahan dan pergaduhan dikalangan rakyat mereka sendiri...
Hal ini berlaku akibat tidak ada persefahaman dan sifat iri hati serta tamak yg ingin merebut kekuasaan...
Maka terdapat pihak2 yg suka mengambil kesempatan...
Menjadi "api dalam sekam"
''duri dalam daging" dan sebagainya...
Yg hanya inginkan menguasai kekuasaan terutamanya jika sesebuah negara tersebut telah lemah akibat peperangan...
Oleh sebab itu...
Kita bangkitlah wahai umat Islam...
Bersatulah2...
Kita bangkit...
Kita bina semula empayar Islam yg pernah masyhur suatu ketika dahulu...
Sekian...
Wasalam...

Wednesday 13 April 2011

Belajar, belajar dan terus belajar...

Salam ukhwah wat antum2 sekalian...
Hari ini kita berkongsi sedikit input dan pengalaman terutamanya sbg seorg student...
seperti yg kita tahu, belajar merupakan satu tugas @ tanggungjawab yg wajib dilakukan oleh seorang yg bergelar Muslim...
Belajar @ dalam bahasa arabnya الدروس sgt penting dlm memberi kefahaman tentang sesuatu ilmu itu...
Jika kita tidak belajar atau mengkaji sesuatu ilmu tersebut, kita tidak dapat mengetahui sama ada ilmu yg kita pelajari itu bermanfaat @ sebaliknya...
Ilmu yg kita perolehi dulu, sekarang atau pada masa hadapan adalah dari Allah S.W.T...
jadi, jgnlah kita lupa dan sombong dgn ilmu yg kita ada selama ini kerana ia semua dtgnya dari Allah...
Berkongsilah segala ilmu yg baik dan dpt memberikan input dan output yg berguna terutamanya dlm meningkatkan keperibadian sbg seorang Muslim...
Ana lebih suka berkongsi sedikit ilmu yg ana ada utk kita merenung kembali apa yg kita telah lakukan sepanjang kehidupan kita...InsyaAllah
Ana amat teruja apabila dapat meneruskan pengajian di peringkat diploma...
Cara pengajaran dan pembelajarannya adalah amat berbeza dengan semasa ana diperingkat sekolah dulu...
Ana dapat pelajari ilmu tentang membuat tugasan secara berkumpulan...
Berkumpulan merupakan salah satu cara atau langkah untuk kita mendapat ilmu terutamanya dari sudut bekerjasama, tolong - menolong, hormat - menghormati dan sebagainya...
Oleh sebab itu, kita haruslah menghargai kehidupan kita sbg seorng pelajar dan tidak mudah leka dgn anasir - anasir negatif...
Kita perlulah melihat tokoh - tokoh Islam yg telah berjaya spt Imam Syafi'e, Imam Ghazali dan lain2...yang telah berjaya berlayar utk mencari Ilmu Allah...
Semoga dgn sedikit perkongsian kita pd kali ini dpt memberi manfaat seterusnya mengamalkannya dan menyampaikannya kepada org lain...InsyaAllah
Wasalam...

Kepentingan Solat Berjemaah...

Sebagai seorang yg bergelar Muslim...
kita hendaklah sentiasa mengamalkan segala suruhan Allah dan meninggalkan larangannya...
Janganlah kita semua leka dan alpa dlm mengejar dunia yg sementara ini...
Smoga kita semua menjadi mu'min dan mu'minah yg soleh dan solehah...
InsyaAllah...
Topik yg akan kita bincangkan kali ini ialah berkaitan dgn kepentingan solat berjemaah...
Sebagai seorang lelaki...
kita semua adalah wajib utk menunaikan solat berjemaah...
Sama ada di Masjid atau surau...
solat berjemaah adalah penting dalam memupuk silaturrahim dalam kalangan Muslim...
Ana amat sedih kerana sekarang ini kebanyakkannya hanya tinggal warga emas sahaja yg berjemaah...
Cuba antum semua fikirkan...
Jika mereka tidak ada lagi di dunia ini...
Siapakah yg ingin berjemaah lagi di Masjid atau surau selain kita...
Sedarlah wahai semua anak2 muda...
Kita hidup didunia ini hanya sementara...
Janganlah beri banyak alasan lagi seperti byk kerja, sibuk, xde masa nak berjemaah dan pelbagai lagi...
Itu semua hanyalah alasan...
Alasan boleh diberi oleh orang yg tidak mengetahui tentang betapa pentingnya solat berjemaah...
Kita sebagai orang yg terpelajar mestilah sudah mengetahui tentang ilmu agama kita ( ISLAM )
Mengapa kita tidak praktikkan?
Mengapa kita masih leka dan lalai?
Bangkitlah wahai semua saudaraku...
Kita harus berubah kearah lebih baik...
InsyaAllah...
Ana pun masih belajar2 lagi...
Semoga kita semua dalam Rahmat Allah Subhanahu wataala...
Amin...
Wasalam...