Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum...

Selamat datang ke Blog Ana...
Semoga antum2 semua dapat menikmati blog ana ini...
Juga diharapkan kita semua dapat berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman yg kita ada agar dapat memberi input yg bermanfaat...
InsyaAllah...

Friday 6 May 2011

Mari Belajar Bahasa Arab...

Salam Ukhwah buat antum2 sekalian...

Sudah agak lama juga ana tidak menulis di blog...
Bukannya apa...
Kesibukan mengedit gambar dan lain2...
huhu...
Topik yang akan kita kupas dan bincangkan hari ini adalah sangat menarik...
Mari kita semua belajar Bahasa Arab...
Seperti yang kita tahu...
Bahasa Arab adalah merupakan Bahasa Al - Qur'an...
Bahasa Arab sangat menarik...
perkara yang paling ana igt adalah ana pernah mengambil subjek Bahasa Arab Komunikasi semasa di Tingkatan Satu hingga Tiga...
Pengajaran dan pembelajaran yang terkandung didalam Bahasa Arab ini adalah berkaitan dengan teknik mengenali sesuatu benda atau susunan ayat sama ada sudah berlaku, sedang berlaku, dan ayat perintah...
Oleh sebab kerinduan ana untuk mencari ilmu Allah...
Ana teruskan utk mengambil subjek Bahasa Arab Tinggi semasa berada di Tingkatan Empat dan Lima...
Bahasa Arab Tinggi ini adalah penyambung daripada Bahasa Arab Komunikasi...
Sejarah telah membuktikan...
Orang yang berbangsa Arab terutamanya pada zaman Rasulullah S.A.W dan para sahabat...
telah berjaya menjadi pedagang yang berjaya dan dapat menyebarkan Islam secara meluas di seluruh Semenanjung Tanah Arab...
Oleh sebab itulah...
Seharusnya kita berbangga dan belajar subjek ini...
agar dapat memahami segala yang terkandung didalam ayat2 suci Al - Qur'an serta melahirkan generasi Islam yang bukan sahaja cerdik dalam membangunkan keperibadian unggul...
malah menjadi penyambung warisan kepada pemimpin2 yang ada sekarang ini...
Wassalam...